Minggu, 15 November 2015

Filled Under:

Panas!! Zul Ariffin Padam Gambar Ayda Jebat Dari Instagram, Dikritik Peminat Ayda


Panas!! Zul Ariffin Padam Gambar Ayda Jebat Dari Instagram, Dikritik Peminat Ayda

Kadangkala minat seseorang terhadap selebriti adalah luar dari jangkaan. Dengan wujudnya media sosial peminat dapat berinteraksi secara terus dengan selebriti yang diminati. Maka ramai mengambil peluang menjadi pengikut artis di media sosial dan menyuarakan minat mereka atau apa saja yang mereka tidak puas hati.

Terbaru, atas sebab tidak diketahui Zul Ariffin telah memadam semua gambarnya bersama Ayda Jebat dari akaun Instagram miliknya. Bagaimanapun, tindakan Zul ini mendapat reaksi negatif dari peminat Ayda Jebat.


Sesetengah peminat Ayda mendakwa Zul dan Ayda pernah bercinta walaupun perkara ini dinafikan berkali-kali oleh Zul dan Ayda. Justeru, mereka mengeluarkan komen mendoakan Zul dan Ayda akan ‘kembali bersama’. Malah ada peminat Ayda mendakwa Zul menjadi popular kerana Ayda Jebat.


Malah ada yang mengatakan Zul memadam semua gambar Ayda kerana permintaan Zahirah.

Nasihat kami, minat selebriti biar ada batasnya. Selebriti mempunyai hak untuk membuat keputusan dan pilihan dalam hidup mereka. Walaupun anda sangat mahu dan suka jika Zul dan Ayda bersama, untuk hidup mereka biarlah mereka yang menentukan kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik.


Peminat perlu tahu bila masanya untuk pisahkan fantasi dari realiti kerana apa yang mereka lakukan memberikan  cerminan yang tidak baik kepada selebriti pujaan mereka iaitu Ayda Jebat. Apa pendapat anda?




0 komentar:

Posting Komentar