Akhirnya Ika Nabella DEDAH BUKTI Video Beliau Dipukul Pengarah
Dianggap sebagai salah seorang pengarah yang agak hebat, tindakan Azma Aizal Yusoof yang menumbuk aktres Ika Nabella baru-baru ini nyata memeranjatkan. Mengakui mempunyai sebabnya tersendiri melakukan perkara tersebut, Azma bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Terbaru, Ika Nabella yang kini sudah beransur pulih selepas kejadian tersebut telah tampil menerusi rancangan hiburan Melodi untuk menceritakan punca sebenar beliau dibelasah.
Menurut Ika, kejadian yang membuatkan beliau trauma itu terjadi pada hari kedua penggambaran drama Dawai Asmara dimana Azma bertindak di luar kawalan dengan menumbuk beliau pada bahagian wajah selain menarik rambutnya tanpa sebarang sebab.
Second day shooting, bersama dengan pengarah tiba-tiba pengarah bertindak memukul saya di kedua-dua belah muka saya, bertubi-tubi menggunakan tangan dan membaling botol air mineral ke arah saya, menarik rambut saya tanpa sebab.
Seorang lagi pelakon di tempat kejadian cuba untuk meredakan keadaan dengan memeluk saya. Dia stop dan berlalu pergi.
Ika juga sempat untuk menunjukkan video yang dirakam oleh Azma selepas beliau dipukul oleh pengarah tersebut.
Lepas dia pukul saya, diaorang lunch break, dia datang berjumpa saya, bercakap mengenai lakonan saya. Dia cakap reaction sebegini yang dia mau. Dia ambil video, rakam wajah saya selepas dipukul itu. Mungkin betul, feel saya tak seperti yang dia mahukan.Saya rasa dia pukul saya sebab dia nak saya feel reaction tu la. Dia ada mention reaction yang dia mahukan selepas dia pukul saya tu.
Sebelum ini, Ika sudah beberapa kali bekerjasama dengan Azma dan mereka berdua tidak mempunyai sebarang masalah. Namun, atas apa yang terjadi Ika membuat keputusan untuk menarik diri daripada berlakon didalam tersebut.
0 komentar:
Posting Komentar