Sabtu, 14 November 2015

Filled Under:

PUNCA SEBENAR Kenapa Kepala Wanita Ini Dipijak Suaminya Bertubi-Tubi!


PUNCA SEBENAR Kenapa Kepala Wanita Ini Dipijak Suaminya Bertubi-Tubi!


BANGKOK - Video seorang lelaki memijak-mijak muka isterinya sehingga pengsan di tepi jalan wilayah Samut Prakan, tersebar di media sosial, Rabu.

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan lelaki itu memberikan sepakan padu ke muka mangsa sebelum pengsan. Muka mangsa dipijak berulangkali tanpa sebarang belas kasihan dan kolar bajunya ditarik dan dicampakkan ke jalan sebelum lelaki itu berlalu pergi meninggalkannya.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu berjaya di rakam oleh seorang pengguna jalan raya yang kemudian memuat naik video itu di media sosial dan mendapat banyak perhatian dari netizen yang mengecam tindakan suami mangsa.

Susulan video itu tersebar meluas di media sosial, pihak polis telah menahan lelaki terbabit di rumahnya dalam keadaan mabuk.

Mangsa, Nongluck CHurat, 41, mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala yang kini sedang mendapatkan rawatan di hospital  di Samut Prakan.

Menurut mangsa, dia dipukul suaminya, Wut Sompakdi, 45, selepas bertengkar di kedai makan.

Wut bakal didakwa atas tuduhan menyerang dan menyebabkan kecederaan.

Tonton video di bawah:







0 komentar:

Posting Komentar