Selasa, 17 November 2015

Filled Under:

Ustaz Ini Dedah Punca Sebenar Tengok Handphone Ketika Jadi Imam di Masjid

Ustaz Ini Dedah Punca Sebenar Tengok Handphone Ketika Jadi Imam di Masjid



Dengan kecanggihan teknologi ketika ini banyak perkara menjadi viral di laman sosial. Apa yang menyedihkan banyak juga kisah viral itu menjadi fitnah semata-mata tanpa sumber yang tepat. Beberapa bulan lepas satu video seorang Ustaz menggunakan telefon bimbit ketika menjadi Imam di sebuah masjid di Ampang menjadi viral



Disebabkan video itu tersebar luas di internet, akhirnya Imam itu tampil memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

Ikuti penjelasan beliau di bawah:

Berkenaan dengan saya pegang henset ketika solat sebagaimana yang tersebar di alam maya. Saya ingin membuat kenyataan saya lihat quran dalam henset saya, sebab saya lupa nak ulang surah yang saya baca.

Maafkan saya. Dan malam itu mendapat khabar bahawa bapa saudara saya meninggal. Membuatkan saya lemah hafalan.

Semasa itu saya jadi imam solat teraweh di Masjid Al Mustaqim Ampang. Dan masa itu saya buat FLIGHT MODE supaya tak masuk mesej atau whatssap.

Sama macam kes doktor-doktor sekarang tengok smart phone time round pesakit, padahal Dr tengok treatment guideline dalam bentuk PDF, calculate cecair/dos ubat, wasap dengan pakar etc. Pesakit yang tak faham rakam & viralkan kata doktor main fb/wassap time keja .Teknologi jadi fitnah kepada kedua-dua mangsa & tukang post/viral.

Dalam mashab syafie tak salah pegang mushaf masa solat untuk imam. Dan jika mereka takwil yang saya pegang tu henset bukan mushaf. Kita tanya balik ada mushaf ke zaman nabi?? Mushaf ni macam mana? Ni mushaf baru. Mana yag asalnya. Fitnah la banyak-banyak. Allah tahu perbuatan kamu.






0 komentar:

Posting Komentar