Senin, 16 November 2015

Filled Under:

Tue Makan Dia!! Kan Dah Kena...Akibat Buat Lawak Bodoh Di Gegar Vaganza M.Nasir Sound Nabil Sampai Terdiam Ketika KONSERT Sedang Berlangsung Secara LIVE!!


Tue Makan Dia!! Kan Dah Kena...Akibat Buat Lawak Bodoh Di Gegar Vaganza M.Nasir Sound Nabil Sampai Terdiam Ketika KONSERT Sedang Berlangsung Secara LIVE!!

$%Walaupun pengacara Gegar Vaganza 2, pelawak dan pelakon Nabil dikutuk oleh orang ramai mengenai lawaknya yang melampau, tetapi Nabil masih juga dengan lawak yang dianggap ‘kasar’ oleh segelintir indivdu.

Jika sebelum ini, Nabil membuat lawak dengan mempersendakan Caliph Buskers, semalam dalam konsert Gegar Vaganza 2 Nabil ditegur secara live oleh juri jemputan, Datuk M. Nasir yang mungkin bengang membuat lawak menggunakan isterinya, Marlia Musa.

Berulang kali Nabil mempersendakan M. Nasir dan isterinya dan akhirnya M. Nasir menegur Nabil, “Jangan libatkan dia (Marlia Musa) dalam hal ini”.

Nabil akhirnya terus terdiam seperti tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan mukanya merah padam.

Mungin sangat malu kerana ditegur secara live di hadapan ribuan penonton konsert Gegar Vaganza 2 semalam.

Konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 2 semalam menyingkirkan Zul Handy Black dan Ezlynn yang sudah pasti kekurangan markah dari juri dan undian daripada penonton.

Manakala 10 peserta Gegar Vaganza 2 yang masih selamat dan akan meneruskan perjuangan dalam konsert keempat Ahad ini ialah Nassier Wahab, Ezad Lazim, Amir Ukays, Nizam Laksamana, Acong  Sweet Child, Sheeda, Haiza, Siti Nordiana, Azian Mazwan dan FarahDhiya.
--------------------------------------------------------
ni kes nombor dua pulak

TERUK SHEEDA GEGAR VAGANZA KENA KUTUK MALAM SEMALAM






Tiada lagi lagu untuk Ezlynn dan Zul Handy Black apabila kedua-dua peserta ini tersingkir di konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 2 (GV2), yang berlangsung pada malam Ahad.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 34, berkata sungguhpun perjalanan di GV2 sudah berakhir, tidak bermakna aktiviti seninya terhenti. 

“Saya tidak pernah berputus asa walaupun terpaksa meninggalkan pentas GV2 pada minggu ini. Dalam apa juga pertandingan yang saya sertai, perjalanan saya dalam dunia seni tidak bernah berakhir.

“Apapun saya mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana memberi peluang untuk saya berada di GV2 dan kepada para juri terima kasih di atas tunjuk ajar yang diberikan,” katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu, bekas vokalis kumpulan Handy Black Zul atan Nurzul Suphia'an Sa'ban ketika ditemui menganggap nasib tidak menyebelahinya pada minggu ini.

“Mungkin kerana lagu yang saya bawakan tidak ‘kena’, bagaimanapun saya terima keputusan yang telah dibuat.

“Saya tidak terkilan perjalanan saya berakhir pada hari ini kerana bergelar juara ataupun tidak itu bukan perkara utama yang dikejar.

“Dapat menyanyi bersama rakan-rakan lain telah memberikan pengalaman yang cukup berharga selepas bertahun-tahun tidak muncul di kaca TV,” katanya ketika ditemui selapas konsert berakhir.

Ezlynn dan Zul meninggalkan  10 peserta lain iaitu Haiza, Nassier Wahab, Farahdhiya, Nizam Laksamana, Acong Sweetchild, Siti Nordiana, Azian Mazwan Safuan, Ezad Lazim, Sheeda dan Amir Ukays yang akan terus bertanding di konsert minggu hadapan bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’.

Tugasan yang bakal dilalui peserta pada konsert minggu keempat itu ialah duet bersama rakan-rakan artis seperti Adira, Haleeda, Misha Omar, Jaclyn Victor, Nourul Wahab dan ramai lagi.

Gegar Vaganza 2 dibawakan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad bermula 9 malam dan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

  Teks Oleh: Hafiza Kamarudin 





0 komentar:

Posting Komentar